Thursday, August 30, 2007

Nasi Kerabu

special to Dyda. ini nasik kerabu my style la. hua hua hua.


NASI KERABU BIRU:

bahan2:

utk nasi:
beras secukup nak makan berapa orang (katakan 5 orang)
daun bunga nasik kerabu 3-4 helai or pewarna biru (kalo xmo, xyah letak apa2, biar je kaler putih)

utk sambal ikan:
1 ekor ikan kembung atau 2 ekor ikan selayang
sikit lada hitam
sebijik bawang merah
sikit kelapa parut
garam sikit

utk ulam:
apa2 saja jenis ulam/sayur yg available

utk budu:
1/2 cawan or secawan kecik budu (agak2 utk mkn 5 orang)
sedikit belacan, agak2 sebesar kuku ibu jari
1 biji bawang merah & bawang putih

utk sambal lada:
beberapa biji cabai
1/6 bawang bombay
sedikit garam

cara2 membuatnya:

1. nasi dimasak sperti biasa. kalo nk kaler2 pakai bunga tu, ramas/tumbuk bunga sampai kuar air biru & campur dalam nasi. kalo nak pakai pewarna, carikan lebih kurang 1/4 sudu pastu campurkan dlm nasi.

2. ikan dibakar/dipanggang (ikut mana yg suka). kemudian buang tulang. pastu tumbuk dgn lada hitam, bawang merah & kelapa parut. kemdian garamkan sikit.
selepas itu, gorengkan tanpa minyak hingga kering.

3. ulam2 dipotong dengan halus.

4. masukkan bahan2 utk budu dalam kuali/periuk. panaskan & tambah sedikit air. masak hingga gelegak.

5. tumbuk semua bahan2 sambal.

~~dah siap!!!

NASI KERABU KUNING

Menggunakan bahan yg sama kecuali:-

kaler biru diganti dengan kunyit (kaler kuning)
tambah tumis

bahan2 utk tumis:
santan
cili kering (diblend)
batang serai
bawang merah & putih (tumbuk)
garam + gula secukup rasa

cara membuat tumis:
1. tumis bawang yg ditumbuk tadi.
2. bila dah agak garing, masukkan cili kering yg diblend tadi. goreng sampai cili garing.
3. masukkan santan, kacau hingga sebati. masukkan garam + gula.
4. masukkan batang serai.
5. masak atas api sederhana, kacau hingga pekat & pecah minyak.

~~dah siap!!!


cara makan:
gaul semua benda dalam pinggan. dan telan. yummy!