special to Dyda. ini nasik kerabu my style la. hua hua hua.
NASI KERABU BIRU:
bahan2:
utk nasi:
beras secukup nak makan berapa orang (katakan 5 orang)
daun bunga nasik kerabu 3-4 helai or pewarna biru (kalo xmo, xyah letak apa2, biar je kaler putih)
utk sambal ikan:
1 ekor ikan kembung atau 2 ekor ikan selayang
sikit lada hitam
sebijik bawang merah
sikit kelapa parut
garam sikit
utk ulam:
apa2 saja jenis ulam/sayur yg available
utk budu:
1/2 cawan or secawan kecik budu (agak2 utk mkn 5 orang)
sedikit belacan, agak2 sebesar kuku ibu jari
1 biji bawang merah & bawang putih
utk sambal lada:
beberapa biji cabai
1/6 bawang bombay
sedikit garam
cara2 membuatnya:
1. nasi dimasak sperti biasa. kalo nk kaler2 pakai bunga tu, ramas/tumbuk bunga sampai kuar air biru & campur dalam nasi. kalo nak pakai pewarna, carikan lebih kurang 1/4 sudu pastu campurkan dlm nasi.
2. ikan dibakar/dipanggang (ikut mana yg suka). kemudian buang tulang. pastu tumbuk dgn lada hitam, bawang merah & kelapa parut. kemdian garamkan sikit.
selepas itu, gorengkan tanpa minyak hingga kering.
3. ulam2 dipotong dengan halus.
4. masukkan bahan2 utk budu dalam kuali/periuk. panaskan & tambah sedikit air. masak hingga gelegak.
5. tumbuk semua bahan2 sambal.
~~dah siap!!!
NASI KERABU KUNING
Menggunakan bahan yg sama kecuali:-
kaler biru diganti dengan kunyit (kaler kuning)
tambah tumis
bahan2 utk tumis:
santan
cili kering (diblend)
batang serai
bawang merah & putih (tumbuk)
garam + gula secukup rasa
cara membuat tumis:
1. tumis bawang yg ditumbuk tadi.
2. bila dah agak garing, masukkan cili kering yg diblend tadi. goreng sampai cili garing.
3. masukkan santan, kacau hingga sebati. masukkan garam + gula.
4. masukkan batang serai.
5. masak atas api sederhana, kacau hingga pekat & pecah minyak.
~~dah siap!!!
cara makan:
gaul semua benda dalam pinggan. dan telan. yummy!
Showing posts with label Kelantan Recipe. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Recipe. Show all posts
Thursday, August 30, 2007
Saturday, June 9, 2007
Ketupat Sotong
teringin la nak makan ketupat sotong. tah bila sempat nak mbuat nih.
ini resepi Kelantan mari!!
INGREDIENT:
ini resepi Kelantan mari!!
INGREDIENT:
- 10 ekor sotong sederhana besar
- 1 cawan beras pulut
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 keping gula melaka
- sedikit garam
- gula secukupnya
- sehelai daun pandan
- 10 batang lidi- 3-4cm panjang
HOW TO?
- Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
- Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
- Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
- Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
- Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.
yummy2! nanti kalo dah buat bole la upload gambaq nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)